ayu_wintersmile



  • Penerima S.E.A Write Award 2000 (penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh Kerajaan Diraja Thailand).

  • Lim Swee Tin pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83, 1986/87, 1988/89.

  • Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra 2, 1983 melalui antologi "Akrab".

  • Hadiah kedua Peraduan menulis Cerpen dan Puisi 100 Tahun Kuala Lumpur.

  • Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank.

  • Hadiah Cerpen DBP-Maybank.

ayu_wintersmile

Novel ini mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang ( yang bersikap terbuka),Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.
ayu_wintersmile


  • "Tapah "- memenangi Hadiah Istimewa Penulis Bukan Melayu dalam Sayembara Cerpen Esso-Gapena III tahun 1981( termuat dalam antologi cerpen Sayembara III terbitan DBP 1982).

  • "Cahaya Lain di Wajah "- memenangi hadiah sagu hati dalam Sayembara Cerpen tajaan Malayan Banking- DBP 1990.

  • selain itu, cerpen-cerpen beliau termuat dalam antologi bersama iaitu Sayembara III (1982), Sayembara VI ( 1985), Timur ( 1987), Sesudah Senja ( 1990) dan Menara 3 ( 1990).


ayu_wintersmile


  • Selendang Anum (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991).

  • Menguak Tabir Musim (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 1992).

  • Seresah Ombak (Kuala Lumpur : Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1994).

  • Potret Untuk Nabila (Kuala Lumpur : Berita Publishings Sdn. Bhd., 1995).

  • Tragedi Dayang Sari (Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1996).


ayu_wintersmile


  • 'Berjalan-jalan Di Sini' ( memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83).

  • 'Seorang Anak Kecil' ( tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia 14 Oktober 1973).

  • 'Tusukan '( memenangi hadiah khas penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu -Public Bank 1986).

  • ' Sejarah' ( memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1986/87 pada tahun 1988).

  • 'Sewaktu Melintasi Kundasang' ( memenangi penilaian Hadiah Sastera Malaysia 1988/89).

  • ' Benang Kehidupan' ( memenangi hadiah utama dalam penilaian Hadiah Sastera Utusan Melayu- Public Bank pada tahun 1990).

  • 'Kuala Lumpur: Tentang Sungai Sejarah Itu'.

  • 'Kuala Lumpur: Kau Ingat Lelaki Tua Ini'.

  • 'Kuala Lumpur: Sebuah Fragmen Cinta'

  • 'Kuala Lumpur: Bougainvillea dan Sang Perawan'.

  • 'Kuala Lumpur: Kota Jaring Labah-labah'.

  • 'Kuala Lumpur: Sebuah Citra' ( memenangi Sayembara Hadiah Puisi Kebangsaan anjuran ESSO- GAPENA pada tahun 1987).



ayu_wintersmile

LIM SWEE TIN lahir di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan membesar di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu, tidak menghairankan jika beliau dan keluarganya amat fasih berbahasa Melayu. Dengan kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu mendorong beliau menulis dan mencipta karya terutama puisi dalam bahasa ini. Ternyata, usahanya berhasil sehingga beliau dikenali sebagai penulis bukan Melayu yang cukup menonjol dan mendapat tempat di akhbar dan majalah, malah sering pula memenangi hadiah-hadiah penulisan.

Lim Swee Tin sebenarnya berdarah campuran. Bapanya, Lim Swee Poh, suku Hokkien berasal dari Chou An, Fujien, China, manakala ibunya Khe Utt Eh Di berketurunan Thai yang sudah menetap sejak beberapa generasi di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok, kemudian apabila keluarganya berpindah ke Machang, Kelantan, Lim Swee Tin belajar pula di Sekolah Kebangsaan Machang, sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan sehingga Tingkatan Lima. Beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969, dengan mendapat Pangkat Satu. Lim Swee Tin kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Walau bagaimanapun, disebabkan kesempitan kewangan, beliau memohon bertukar ke Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Beliau hanya sempat beberapa bulan sahaja di sekolah ini kerana terpaksa berhenti disebabkan masalah yang sama.

Lim Swee Tin menjawat jawatan Guru Sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang selama setahun setengah sehingga beliau ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan, Bukit Gelugur, Pulau Pinang mulai tahun 1972 dengan mengambil kursus Pengajian Bahasa Melayu dan Matematik Moden. Beliau lulus pada tahun 1973, dan mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan sehingga tahun 1978. Lim Swee Tin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Hamzah, alma matternya sehingga tahun 1988. Pada tahun 1988, Lim Swee Tin mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang kemudian dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil kursus Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, dan minor Kesusasteraan Melayu. Lim Swee Tin memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan pada tahun 1992. Lim Swee Tin ditugaskan berkhidmat di Sekolah Tinggi Undang Musa Al-Haj, Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, juga di Negeri Sembilan sehingga tahun 1996. Mulai tahun 1997, Lim Swee Tin meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, dan memperoleh M.A-nya pada tahun 1999.

Lim Swee Tin mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika itu, beliau sudah mula belajar mencoret-coretpantun dan syair. Walau bagaimanapun, cubaan beliau menghasilkan sajak tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan sehinggalah tahun 1968 dan 1969 apabila beliau berada di sekolah menengah. Di sekolah menengah, Lim Swee Tin mengambil mata pelajaran kesusasteraan Melayu. Antara teks kajian pada masa itu ialah antologi Gelombang (Usman Awang) dan Nyanyi Sunyi (Amir Hamzah). Melalui kajian keatas kedua-dua teks puisi ini, Lim Swee Tin beroleh keyakinan untuk menghasilkan sajak-sajak. Salah sebuah karyanya yang paling awal dan sempurna dihasilkan berjudul ‘Terima Kasih’. Sajak yang dicatatkan pada kulit novel Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan lagi.

Bermula dari ini, Lim Swee Tin mula berkarya dengan bersungguh-sungguh. Semasa di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Lim Swee Tin secara kebetulan dilantik sebagai Sidang Editor jurnal Persatuan Bahasa Melayu, Kredit Gelugur. Kesempatan ini digunakan beliau untuk menyiarkan beberapa buah sajaknya sendiri. Karya-karya inilah kemudiannya memberinya keyakinan untuk mengirim sejumlah sembilan buah sajak ke Mingguan Malaysia pada tahun 1973. Salah sebuah sajak beliau ‘Seorang Anak Kecil’ termuat pada 14 Oktober 1973. Sebuah lagi tersiar pula dalam Utusan Zaman kira-kira sebulan kemudian. Tersiarnya karya-karya ini sudah cukup memberinya keyakinan dan kekuatan untuk terus menapak di persada kesusasteraan Melayu, khususnya di pertengahan dekad 1970-an. Semasa di maktab ini juga, Lim Swee Tin berpeluang membaca banyak buku kesusasteraan pelbagai genre terutamanya dari Indonesia selain jurnal Dewan Sastera (yang mula diterbitkan 15 Januari 1971). Lim Swee Tin pengunjung setia perpustakaan di maktabnya, dan pembaca Dewan Sastera yang cukup tekun. Menurut Lim Swee Tin, pembacaan buku-buku dalam bahasa Indonesia memberinya kekuatan dari segi penguasaan bahasa yang amat besar.

Perkara lain yang mendorong Lim Swee Tin terus mencipta karya ialah faktor alam sekitar seperti penghidupannya yang dikelilingi cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan. Alam semula jadi di Kuala Krai, Kelantan dan berbagai-bagai cabang kesenian rakyat yang digemarinya(secara kebetulan keluarga Lim Swee Tin sebelah ibunya merupakan penggiat Menora dan wayang gedek sejak turun temurun ). Tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah turut mendekatkan beliau dengan pembacaan yang berterusan dan beliau terus menghasilkan karya-karya kreatif.

Bakat Lim Swee Tin lebih terserlah dalam genre sajak walaupun beliau turut menghasilkan cerpen dan esei kesusasteraan. Berkat usaha gigihnya, Panel Hadiah Sastera 1976 berpendapat bahawa Lim Swee Tin telah menunjukkan harapan besar sebagai penulis bukan Melayu dalam perkembangan sastera nasional kerana beliau bukan sahaja telah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi telah berjaya mengangkat bahasa itu menjadi bahasa puisi. Karya-karyanya sudah mendapat tempat di Berita Minggu, Jurnal PERISA, Jurnal Malay Literature, Utusan Zaman, Mingguan Timur,Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Sastera dan puluhan media penyiaran tanah air. Selain itu, puisi-puisinya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Cina dan Thai.

Karya Lim Swee Tin yang pertama tersiar di media , sebuah cerpen berjudul ‘Malam Pertama’ tersiar dalam Majalah Jejaka tahun 1971. Tetapi, Lim Swee Tin merasakan jiwa dan bakatnya lebih terjurus ke arah genre sajak. Bagi Lim Swee Tin, genre ini boleh menjadi alat komunikasi, iaitu apabila sesebuah karya dihasilkan, pengalaman dan pemikiran penulis dapat dikongsi dan dihayati bersama-sama khalayak.

Berasaskan pegangan inilah Lim Swee Tin begitu serius dalam mencipta sajak dan keseriusannya tidak sia-sia. Setakat ini, Lim Swee Tin telah memenangi sejumlah 20 hadiah penulisan. Antaranya, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA 111 dan V1 pada tahun 1982 dan 1985 melalui cerpen-cerpen berjudul ‘Tapah’ dan ‘Gok’. Beliau memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisiputra 11 pada tahun 1983 melalui antologi ‘Akrab’ yang memuatkan 50 buah puisi. Lim juga beberapa kali memenangi Hadiah Sastera Utusan – Publik Bank (1986, 1989, 1990, 1992, 1994, 1999), Hadiah Sastera Malaysia 1982-83 melalui sajak ‘Berjalan-jalan Di Sini’, 1986-87 melalui sajak ‘Sejarah’, dan 1988-89 melalui sajak ‘Sewaktu Melintasi Kundasang’. Beliau memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP ke-111 melalui cerpen ‘Cahaya Lain Di Wajah’ dan ke-IV melalui cerpen ‘Setelah Kabus Dini Hari’. Pada tahun 1990, Lim Swee Tin memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi sempena 100 Tahun Kuala Lumpur melalui naskah puisi ‘Kuala Lumpur : Kota Sarang Labah-Labah’. Beliau juga memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO – GAPENA tahun 1989, Hadiah Puisi Bosnia – PENA, Berita Harian, Utusan melayu pada tahun 1994, dan Formula Malaysia kategori cerpen, 2000, melalui cerpen ‘dR’.

Lim Swee Tin berumahtangga pada tahun 1977. Isteri beliau, Selina S.F. Lee, seorang guru juga merupakan penyair dan cerpenis yang kerap menyumbangkan karya-karya di media-media tanah air. Mereka kini dikurniai tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Lim Swee Tin pernah aktif dalam Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK). Selepas PPK menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1981, Lim Swee Tin mengambil alih jawatan Setiausaha 1 selama tiga penggal berturut-turut. Sepanjang memegang jawatan tersebut, Lim Swee Tin banyak memainkan peranan mengendalikan bengkel dan mengadakan pelbagai rancangan pembangunan untuk melahirkan penulis-penulis pelapis di negeri kelahirannya itu.

Pada tahun 1990, Lim Swee Tin terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur, acara dwitahunan yang menghimpunkan penyair-penyair terkemuka dunia. Pada tahun yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih beliau untuk Program Penataran Karya Sastera selama 26 hari di Indonesia. Antara aktiviti beliau ialah menemui pengarang-pengarang ternama mutakhir Indonesia selain berdiskusi dengan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Beliau juga berkesempatan mengikuti HISKI 111 di Malang, Indonesia.

Pada tahun 1994 – 1997 Lim Swee Tin merupakan Pengelola Ruangan Sastera dan Budaya akhbar Mingguan Watan. Selain itu, Lim Swee Tin kerap diundang membentangkan kertas kerja. Antaranya sempena Bulan Bahasa Melayu Singapura 1996, 1997,1998 dan 1999, Hari Sastera Malaysia, Hari Puisi Nasional dan Pertemuan Sasterawan Nusantara X/Perhimpunan Sasterawan Malaysia 1 di Johor Bahru, 1999 di samping mengelolakan majlis-majlis kesusasteraan serta acara-acara baca puisi ; antaranya pada Kongres Bahasa Melayu Sedunia 1995, dan lain-lain lagi. Beliau mengendalikan Minggu Penulis Remaja (Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah) dari tahun 1996 hingga 1999, yang banyak membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai penulis tanah air. Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Lim Swee Tin telah menerbitkan sejumlah sepuluh buah antologi puisi persendirian, empat daripadanya merupakan puisi remaja, lima buah novel remaja, lima buah buku kreatif umum, dan lebih enam puluh buah antologi bersama. Beliau juga menyelenggarakan sebuah antologi puisi penulis bukan Melayu.

Kejayaan cemerlang Lim Swee Tin dalam bidang penulisannya juga membawanya ke simposium The Search for a New World Culture for the 21st Century : Asian Literary Perspective di Washington D.C, Amerika Syarikat, dan bersempena dengan Persidangan ASEM ke-2 di London April tahun 1998, Lim Swee Tin diundang mewakili Malaysia pada acara Baca Puisi Four Leading Poets from South East Asia bertempat di Royal Festival Hall, London di samping penyair dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kini, Lim Swee Tin menjadi Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi , Universiti Putra Malaysia (UPM).
ayu_wintersmile


Nama sebenar ialah Siti Nor Idayu Binti Shamsuddin. Tarikh lahir ialah 14 Ogos 1986. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Menetap bersama-sama keluarga di Kampung Lating. Mempunyai 10 orang adik-beradik, terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Saya adalah anak ketujuh daripada sepuluh beradik.

Dahulu, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Mulong 2. Kemudian, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong dari tingkatan satu sehinggalah tingkat enam atas. Selepas memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2006, saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya bakal menamatkan pengajian pada tahun 2009.

Hobi saya ialah suka membaca novel dan melayari internet. Biasanya novel yang saya minati ialah novel-novel terbitan Alaf 21 dan Prima. Saya sangat mengemari novel karya Ramlee Awang Murshid, Aleya Aneesa dan Damya Hanna. Antara novel karya Ramlee Awang Murshid ialah Unggu Karmila, Cinta Sang Ratu, Ranggau dan sebagainya. Manakala, novel karya Aleya Aneesa ialah Semusim Rindu, dan Kasih Antara Kita. Novel Damya Hanna yang sangat saya gemari ialah novel Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta dan Saat Cinta Bersemi. Saya sangat beruntung kerana hobi ini saya dapat berkongsi bersama-sama kakak dan abang saya. Jadi, saya tidak perlulah mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli novel yang baru kerana saya dapat meminjamnya dengan abang dan kakak saya.

Saya seorang yang peramah, ceria, kelakar dan dalam masa yang sama adalah seorang yang sangat sensitif.

Saya mempunyai seorang kawan baik yang sangat memahami dan sudah banyak suka dan duka kami tempuhi bersama. Kawan baik saya namanya ialah NurIffaizyan Bt Mod Ghazali. Dia seorang yang kelakar, serius dalam sesuatu perkara dan juga seorang yang garang. Saya berkenalan dengannya pada minggu suai kenal di Universiti Putra Malaysia. Kami juga tinggal di kolej yang sama iaitu Kolej Tun Dr Ismail ( KTDI) dan kami juga mengambil jurusan yang sama.

Sepanjang saya menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia ini, sudah banyak pengalaman pahit dan manis yang saya tempuhi. Disinilah saya dapat mengenali bermacam-macam gelagat manusia antaranya suka berbohong, gelajat orang bercinta dan sebagainya. Di sini juga, telah mengajar saya menjadi seorang yang tabah dan berdikari dalam semua perkara. Saya perlu belajar untuk hidup berdikari tanpa ditemani keluarga dan hanya bertemankan buku-buku dan kawan-kawan sahaja. Selain itu, saya juga terpaksa membuat keputusan sendiri dalam semua perkara hanya bersandarkan kepada akal logik dan kepercayaan yang diberikan oleh keluarga.

Harapan saya, suatu hari nanti saya dapat membalas jasa kedua ibu bapa saya dengan memperolehi segulung Ijazah. Dan juga apa yang saya pelajari sepanjang