ayu_wintersmile




















1. Bisik Pada Angin diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise pada tahun 2005. Buku ini merupakan himpunan sajak-sajak pelajar yang mengikuti kursus BBK 3406: Penulisan Puisi dan Drama yang dikendalikan oleh Lim Swee Tin. Buku ini memuatkan 58 buah sajak.





2. Berkelana Di Belantara Kata yang diterbitkan oleh Penerbitan Pustaka Nusa Sdn.Bhd pada tahun 2002. Buku ini adalah bergenre Kumpulan Esei yang dikarang oleh Lim Swee Tin.

3. Citra Kurnia yang diterbitkan pada tahun 2003 yang menghimpunkan 42 buah puisi yang dipanggil ' sajak-sajak sempena'.

4. Memetik Mawar yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise pada tahun 2003 yang merupakan himpunan sajak-sajak remaja.

5. Nota Waktu yang diterbitkan oleh Citra Publishing pada tahun 2000. Buku ini adalah antologi gabungan Lim Swee Tin dan Zurinah Hasaan. Buku ini memuatkan 30 puisi Zurinah Hassan dan 30 puisi Lim Swee Tin.

6. Nyanyian Sepi ( Mandarin) yang diterbitkan oleh Chong Fah Hing pada tahun 2000. Buku ini merupakan genre ilmiah ( puisi terjemahan) yang di terjemahkan oleh Lim Swee Tin.

7. Prahara Di Padang Karbala yang diterbitkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ( UPM) pada tahun 2003. Buku ini merupakan genre antologi puisi ( kumpulan Puisi Keamanan dan Kemanusiaan Malaysia) yang diselenggarakan oleh Arbak Othman, Lim Swee Tin dan Aripin Said.

8. Rindu Seorang Salina yang diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise pada tahun 2003 dan merupakan himpunan karya-karya pelajar yang mengikuti kursus BBK 3406: Penulisan Puisi dan Drama bagi semester Mei 2003/04. Buku ini diselenggarakan oleh Lim Swee Tin dan Radziah Hassan.
0 Responses

Post a Comment