- Beliau mula berminat menulis novel sejak tahun 60 an lagi. Pada tahun 60-an, beliau mula membaca novel -novel yang dihasilkan oleh A. Samad Ismail seperti novel Patah Sayap Terbang Jua ( 1968). Selain itu, pada tahun 1971, beliau gemar membaca novel-novel karya Shahnon Ahmad.
- A.Samad Ismail dan Shahnon Ahmad merupakan idola beliau dalam penulisan novel. Lim Swee Tin terpikat kepada cara penulisan yang digunakan oleh kedua-dua penulis tersebut yang sangat menarik.
- Beliau lebih gemar menulis novel remaja. Novel remaja pertama yang ditulis oleh Lim Swee Tin ialah Selendang Anum yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Beliau gemar menggunakan tema perpaduan kaum dalam menerapkan penulisan novel remaja.
- Novel remaja " Menguak Tabir Musim" yang diterbitkan pada tahun 1992 adalah mengenai perpaduan kaum dalam konteks masyarakat dengan cara mengenali sesuatu masyarakat dengan lebih dekat atau bersungguh-sungguh. Novel ini mengisahkan tentang permasalahan hidup masyarakat Thai yang tinggal di Kelantan. Beliau menulis novel ini dengan harapan agar sesebuah masyarakat dapat memahami tentang permasalah yang dihadapi oleh masyarakat lain. Novel ini diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
-Pada tahun 1997, beliau menulis novel " Potret Untuk Nabila" yang juga bertemakan perpaduan kaum. Novel ini lebih berfokus kepada persahabatan remaja. Dalam novel ini perpaduan dapat di capai oleh sesebuah negara jika setiap rakyat mengutamakan keikhlasan dalam setiap perkara.
- Dalam penulisan novel " Tragedi Dayang Sari" diambil daripada peristiwa rakyat dahulu kala kemudian ditulis dalam idea yang baharu agar remaja lebih berminat untuk membaca novel mengenai cerita rakyat yang semakin dilupakan.

Post a Comment