ayu_wintersmile

Mula- mula aku melangkah masuk ke kelas Jauhari hari tu, saya rasa berdebar-debar sangat. Yalahkan…subjek Bahasa Dalam Multimedia. Mesti susah giler!!! aku ni tak berapa pandai sangat bab-bab komputer nie…ni yang buat aku cuak.Huhu!!!!

Aku rasa orang lain pasti rasa sangat excited nak belajar subjek ni. Tapi lain pulak dengan aku yang rasanya sangat takut dengan subjek ni. Terpaksa juga aku ambil subjek ni, sebabnya wajib, nanti tak pasal-pasal aku tak dapat bergraduat pula. Huhu!!! Jadi, untuk itu aku perlulah teruskan hidup aku dengan mengambil juga subjek tu.

Pada hari pertama untuk kelas subjek BBM3410, pensyarahnya Dr Normaliza memberi serba sedikit penerangan tentang subjek ini. Selepas mendengar serba sedikit hal yang berkaitan dengan subjek ini iaitu Bahasa Dalam Multimedia, maka aku berasakan sesuatu yang berlaku dengan perasaan aku ni. Sebelum ini, aku rasa sangat takut dan gementar tetapi selepas mendengar penerangan daripada Dr NorMaliza, tiba-tiba perasaan aku berubah. Rasanya tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti kuliah subjek ini lagi.

Akhirnya, minggu yang aku tunggu-tunggu akhirnya sudah tiba. Aku sudah tidak sabar lagi untuk memulakan tugasan yang akan diberikan oleh Dr NorMaliza. Mula-mula sekali, kita orang perlu menubuhkan kumpulan untuk tugasan-tugasan yang selanjutnya. Setiap kumpulan perlulah mempunyai sekurang-kurangnya enam orang ahlinya. Jadi, aku masuk kumpulan yang terdiri daripada geng-geng aku sendiri.hehe!!! ahli kumpulan aku dinamakan sebagai kumpulan Apollo. Kelakar nama kumpulan.huhu… Ahli kumpulan Apollo ini terdiri daripada Ifa ( ganu), Iffa ( Kelantan), Aini, Ikin, Adila ( Biey) dan aku sendiri iaitu Ayu.

Setelah ahli kumpulan telah berjaya ditubuhkan, maka kita orang telah diberi tugasan yang pertama iaitu untuk membuat papan asas grafik. Tugasan ini memang agak mencabar kerana kita orang perlu mengetahui lima asas grafik yang perlu diterapkan ke dalam tugasan itu. Lima asas grafik itu ialah kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna, dan teks. Menyiapkan tugasan ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana setiap aspek perlu diberi perhatian yang teliti. Hal ini kerana kita orang perlu memilih teks yang betul, warna yang sesuai, dan dalam gambar tersebut mesti ada keseimbangan dan kesesuaian dengan keadaan serta mudah.

Selain itu, tugasan ini juga mengajar kita orang tentang kerja berpasukan dan saling berkerjasama antara satu sama lain. Tugasan ini telah memberi satu pengalaman yang baru kepada aku sebab aku dapat mengetahui asas-asas grafik. Sebelum ini aku tidak pernah tahu mengenai perkara itu. Aku sangat suka dengan tugasan baru ini. Enjoy betul!!! Buat kerja dalam keadaan yang tertekan sangat hebat rasanya. Aku rasa makin bersemangat.hehe!!! lagipun, aku tak pernah rasa buat kerja dalam tekanan ni.

Tugasan yang kedua pula ialah tentang penulisan esei. Kumpulan aku iaitu kumpulan Apollo telah mendapat esei yang bertajuk ‘ Pengaruh gambar kartun dalam pembentukan minda kreatif dan inovatif kanak-kanak’. Tajuk yang kumpulan aku dapat boleh tahan susah juga. Kita orang terpaksa memerah otak dan keringat untuk memikirkan idea-idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam esei tersebut. Lagipun masa yang diberikan oleh Dr. NorMaliza sangat singkat iaitu dalam satu jam setengah. Tugasan ini betul-betul mencabar dan menguji kesabaran dan keimanan kita orang kerana dalam keadaan yang tertekan akan meyebabkan seseorang itu akan berasa marah dan panik. Tetapi, itu semua hanyalah sebagai satu dugaan yang diberikan kepada kita orang dalam membuat sesuatu. Tajuk ini juga boleh dikatakan salah satu tajuk kegemaran kita orang kerana kami semua sangat menyukai kartun.
Tambahan pula, gambar kartun ini boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan menenangkan jiwa daripada sebarang masalah. Kartun bukan sahaja dicipta untuk golongan kanak-kanak sahaja, tetapi juga untuk golongan dewasa. Hal ini kerana kartun-kartun seperti Bleach, Detektif Conan dan sebagainya adalah kartun yang bercorak anime dan lebih kerap ditonton oleh golongan dewasa iaitu remaja. Semasa membuat esei tersebut kita orang sering bertelingkah pendapat kerana masing-masing mempunyai pelbagai idea yang berbeza. Walau bagaimanapun, kita orang saling menerima idea-idea yang dikemukakan oleh setiap ahli kumpulan kami. Untuk menyiapkan sesebuah esei itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita orang memerlukan kesabaran dan katabahan yang tinggi.

Selain itu, kita orang juga perlu mengorbankan kudrat tenaga dan otak dengan sepenuhnya kerana dalam keadaan atau saat-saat yang genting iaitu dalam keadaan tertekan akan menyebabkan idea-idea datang dengan mencurah-curah. Seperti yang diketahui, bahawa jika kita membuat kerja dalam suasana atau keadaan yang tertekan akan memberi lebih banyak kebaikannya. Antara kebaikannya ialah dapat menjimatkan masa, menjadikan seseorang itu lebih pantas berfikir dan sebagainya. Aku melihat perkara ini dari sudut positif dan perlu mengambil setiap perkara yang berlaku sebagai pengajaran. Walau bagaimanapun, kita orang tak dapat menyiapkan esei tu, hanya sempat siap empat muka surat saja. Kumpulan lain sempat siapkan lapan muka surat. Kita orang kena hantar jugalah tugasan tu. Aku ingatkan kumpulan aku saja yang tak siap, rupa-rupanya ada juga kumpulan yang sama dengan kumpulan aku.hehe…

Tapi, lepas cuti semester bulan Februari hari tu, aku pergi tengok notis yang ada kat papan kenyataan bilik Dr. Normaliza. Rupa-rupanya tugasan esei hari tu kena buat balik. Apalagi kelam-kabut la kita orang. Hari tu jugalah kita orang buat balik esei tu. Susah betul nak kumpul balik ahli-ahli kumpulan aku ni sebab masing-masing ada kelas.Tapi nasib baik la sebab kelas aku hari tu dibatal.Jadi dapat jugalah kita orang menyiapkan esei tu dengan hanya lima orang. Tertekan betul hari tu. Akhirnya dapat juga aku tarik nafas lega lepas esei tu siap sebanyak lapan muka surat. Berpeluh juga nak memerah idea tu. Fuhhh.

Manakala, dalam tugasan yang ketiga ialah membuat persembahan multimedia untuk setiap ahli kumpulan. Pada pendapat aku, dalam tugasan ini lebih relaks dan santai kerana ianya sangat menyeronokkan. Tugasan ini telah memberi satu pengalaman baru yang sangat menyeronokkan kerana kita orang dapat melakukannya dengan lebih bebas tanpa perlu terikat dengan perkara lain. Walau bagaimanapun, kita orang juga perlu menerapkan elemen-elemen asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks ke dalam hasil kerja kita orang agar lebih kreatif dan segar.

Dalam tugasan ini, kita orang perlu merakam setiap aksi ahli-ahli kumpulan dan perlu disesuaikan dengan teks-teks yang disediakan. Aku sangat suka rakaman aksi-aksi yang dilakukan oleh kita orang. Ada aksi yang melucukan dan aksi yang tidak berapa menyeronokkan bagi aku.

Bagi aku, aksi-aksi yang paling memikat hati aku ( tidak tahulah bagi member aku yang lain) ialah aksi untuk teks “ ulat buku”. Aksi itu sangat comel di mana kita orang beramai-ramai duduk di bawah pokok dekat fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan dikelilingi dengan buku-buku yang berbagai-bagai tajuk. Kita orang berlakon sebagai ulat buku dan dengan suasana daun-daun yang berguguran seolah-olah kita orang berada di luar negara. Saat itu sangat indah dan memberi satu kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai-sampai bila.

Aksi kedua yang sangat mencuit hati aku ialah semasa rakaman aksi untuk simpulan bahasa “ mayat hidup” yang mana watak utamanya ialah Biey kena berlakon sebagai mayat yang dibungkus dengan kain yang berwarna putih. Kasihan aku lihat Biey yang terpaksa berlakon jadi mayat. Semasa Kita orang merakam aksi berjalan di depan laluan fakulti itu, ramai orang yang melihat aksi kita orang itu.Ada yang gelak dan tersenyum kearah kita orang tetapi kita orang buat bodoh saja sebab ini untuk tugasan. Kalau bukan kerana untuk tugasan sudah tentu kita orang tidak akan melakukannya. Malu beb!!!

Aksi seterusnya mencuit hati aku ialah adegan untuk simpulan bahasa “sediakan payung sebelum hujan”. Untuk rakaman aksi ini, watak utamanya ialah aku. Aku ini sebenarnya tidak pandai sangat berlakon. Mula-mula itu aku segan tetapi terpaksa juga sebab takut nanti kena marah dengan member-member lain. Jadi terpaksalah aku menjadi seorang yang sporting. Dalam babak itu, aku ditemani berlakon dengan Aini. Setelah aku melihat gambar rakaman aksi itu, aku terkejut sebab gambar yang diambil itu kelihatan sangat realiti dan aku kelihatan tidak berlakon semata-mata. Gambar itu sangat comel. Huhu…

Semasa tugasan ini, aku dapat perhatikan bahawa terdapat banyak manfaatnya. Semasa tugasan ini dilakukan ialah untuk rakaman aksi-aksi telah memberi satu keseronokkan yang sungguh luar biasa kerana ia dapat mengerat hubungan silaturahim antara ahli-ahli kumpulan.
Selain itu, aktiviti itu juga dilakukan dalam suasana santai tanpa dibayangi dengan kerja-kerja lain yang membuatkan kita orang menjadi lebih tertekan. Tambahan pula, aktiviti ini membuatkan kita orang dapat menghilangkan tekanan buat seketika kerana kita orang dapat melihat suasana alam ciptaan Allah ini dan menghayatinya dengan sebaik mungkin.Enjoy beb!!! Perkara ini juga memberi satu pengalaman yang cukup indah dan bahagia. Selain itu, tugasan juga ini juga telah meninggalkan banyak pengajaran atau moral kepada kita orang semua. Kita orang dapat menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup ini. Selain itu, kita orang dapat bekerjasama dalam semua perkara dan perlu selalu bersama-sama menempuhi setiap dugaan atau ujian yang datang. Kita orang dapat siapkan rakaman gambar ni dalam masa dua hari sahaja. Sebab semua ahli kumpulan memberi komitmen yang sepenuhnya. Lagipun, member-member aku ni sporting semuanya. Hehe…

Dalam tugasan yang seterusnya ialah berbentuk esei juga yang mana setiap ahli kumpulan perlu menjawab soalan yang disediakan oleh pensyarah. Kumpulan aku iaitu kumpulan Apollo telah mendapat tajuk “ Pengaruh bahasa dalam multimedia”. Tugasan kali ini telah menyebabkan kita orang semua menjadi kelam-kabut kerana kita orang semua belum bersedia. Walau bagaimanapun, kita orang semua dapat melakukan yang terbaik dan cuba menjawabnya dengan sebaik-baiknya walaupun dalam keadaan yang belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Tambahan pula waktu yang diberikan juga sangat pendek. Apa yang aku dapat perhatikan, dalam tugasan kali ini telah memberi banyak pengajaran kepada kita orang supaya bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi apa jua rintangan mendatang. Selain itu, tugasan ini juga telah menjadikan kita orang semua lebih produktif dan kritis dalam menjana idea. Tambahan pula, perkara ini telah merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan daripada sedia ada. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan baru yang dapat dikongsikan dengan orang lain.

Seterusnya, ialah tugasan yang lebih mencabar berbanding dengan tugasan-tugasan yang lain. Kali ini kita orang perlu membuat e-majalah yang hanya menggunakan enam keping kertas lukisan yang berwarna putih dengan saiz yang tertentu. Dalam tugasan kali ini, kita orang perlu menjadi seorang pelukis yang hebat walaupun hakikatnya kita orang semuanya bukannya hebat melukis tetapi terpaksa juga. Kita orang perlu membuat e-majalah ini adalah sebagai satu asas yang baru kepada kita orang dengan tujuan untuk memperkenalkan satu-satu produk atau perkara yang terdapat dalam setiap e-majalah dikeluarkan oleh sayarikat kita orang kepada pelanggan.

Untuk membuat e-majalah ini bukanlah satu perkara atau tugasan yang mudah kerana ia memerlukan kebolehan yang tertentu. Tugasan yang diberikan kali ini adalah sangat menarik kerana dapat memberi satu pengalaman yang baru dan bermakna. Tugasan kali ini adalah kita orang diperlukan untuk mencari idea tentang majalah kita orang sendiri dan kemudian menceritakan bahan-bahan yang terdapat dalam e-majalah tersebut. E-majalah kumpulan kita orang adalah mengenai dunia muzik ‘ band Indie’ dan perkara-perkara yang berkaitan dengan muzik. Kita orang kena melukis setiap ruangan yang ada dalam e-majalah tu.

Aku ni tak berapa pandai melukis terpaksa juga kena melukis. Aku kena melukis poster tentang muzik. Dahlah aku ni cetak ilmu dalam dunia muzik lebih-lebih lagi tentang band indie. Nasib baiklah Biey ada yang boleh tolong aku memberi maklumat serba sedikit tentang muzik band indie. Kalau tak, masaklah aku jawabnya.akhirnya, dapat juga aku dapat melukis poster tu dengan baik walaupun tak seberapa baik la. Kira okey juga. Hehe.

Satu lagi masalah yang aku hadapi bila bab berwarna pula. Aku cuba warna dengan elok gambar tu tapi hasilnya sungguh mengecewakan. Biey pula gelak bila aku tunjuk lukisan aku tu. Aku cuma mampu tersenyum saja sebab memang teruk betul lukisan tu. Hehe. Bagi aku perkara ini telah mengajar erti kesabaran yang tinggi kerana sangat rumit dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tambahan pula, masa yang diberikan untuk membuat tugasan ini sangat singkat iaitu kira-kira satu setengah jam. Walau bagaimanapun, aku enjoy dengan tugasan ini.hehe…

Tugasan yang seterusnya ialah dengan membuat papan cerita. Tugasan kali ini adalah di bawah tugasan Dr. Arbaie Sujud. Tugasan membuat papan cerita adalah sangat rumit kerana memerlukan kemahiran seperti melukis dan mempunyai idea yang bernas. Tugasan ini meminta kita orang membuat papan cerita mengenai tsunami yang pernah melanda negara kita suatu masa dulu. Kita orang perlu menceritakan detik-detik cemas yang berlaku pada masa itu. Tugasan kali ini sangat mencabar dan menguji kita orang kerana kita orang perlu mengimbas kembali peristiwa tersebut.

Selain itu, tugasan ini memberi satu pengalaman yang sangat berharga kerana kita orang dapat dapat belajar mengenai cara-cara membuat papan cerita. Jika sebelum ini, kita orang hanya mengetahui membuat papan cerita sangat mudah dan senang untuk melukisnya. Walau bagaimanapun, selepas mengalaminya sendiri, barulah kita orang sedari bahawa membuat papan cerita ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi lebih banyak memerlukan kesabaran dan kebolehan yang tertentu. Perkara ini telah memberi satu pengalaman yang menyeronokan dan tidak boleh lupa buat selama-lamanya. Dalam tugasan ini, aku kena melukis juga walaupun tak banyak gambar yang aku lukis. Dapat jugalah aku menunjukkan bakat aku yang tidak seberapa ni.Hehe. Best rasanya dapat membuat papan cerita sendiri.Huhu…

Tugasan seterusnya ialah mengenai tugasan ke rumah-rumah anak yatim. Tugasan ini adalah paling mencabar bagi kita orang kerana kita orang dikehendaki berurusan dengan pihak luar. Kali ini kita orang perlu membuat satu kerja kebajikan masyarakat yang mana kita orang perlu mencari rumah anak-anak yatim yang ada di Malaysia dan kita orang perlu mencari satu masa yang sesuai untuk melakukan tugasan amal kita orang bersama-sama anak-anak yatim. Kumpulan kita orang telah pergi ke rumah Anak-anak yatim Rohingya yang terletak di Selayang. Rumah anak-anak yatim Rohingya ini merupakan sebuah rumah kebajikan yang menetapkan anak-anak masyarakat Rohingya yang menjadi pelarian di Malaysia. Rumah kebajikan ini menempatkan anak-anak yatim seramai 103 orang. Kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana suasana persekitaran belajar dan tempat tinggal anak-anak ini amat tidak selesa.

Tugasan ini memberi keinsafan kepada kita orang dan kita orang juga perlu bersyukur ke atas semua kurniaan Allah kerana kita orang masih lagi mempunyai ibu bapa dan keluarga serta mempunyai kehidupan yang sederhana biarpun tidak berada. Aku berasa sebak melihat cara kehidupan mereka tapi aku tahankan juga sebab nanti apa kata anak-anak yatim tu pula. Jadi, aku bersikap professional sahaja. Aku tengok kesayuan jelas terpancar pada wajah-wajah anak-anak kecil ini yang masih lagi memerlukan belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa yang tidak mengkin mereka perolehi lagi.

Semasa di rumah anak-anak yatim Rohingya baru-baru ini, kumpulan kita orang telah membuat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang dapat memberi makna dan kesan yang mendalam kepada anak-anak ini. Antara aktiviti-aktivit menarik yang disediakan oleh kumpulan kita orang ialah aktiviti pengajaran untuk matapelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tugasan ini sangat mencabar kerana kita orang menghadapi masalah dari segi komunikasi kerana kebanyakan anak-anak yatim Rohingya ini tidak pandai berbahasa Melayu. Walaupun hadapi masalah komunikasi, tapi masih professional. Hehe!!!
Best betul aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari tu. Aku hanya mengikuti aktiviti itu sekejap sahaja. Sebab aku pergi beli kek untuk anak-anak yatim tu. Dahlah aku dan kawan aku tu sesat nak balik rumah anak-anak yatim tu balik. Benggang betul aku dengan member aku tu. Sedih betul.huhu. Tapi, akhirnya dapat juga aku join aktiviti tu. Walaupun sekejap sahaja. Hehe. Aku sangat bahagia dengan tugasan kali ini.Hehe…

Dalam kelas tutorial pulak, betul-betul buat perut aku kecut. Mana taknya kena masuk kelas tepat masanya. Kalau tak kena denda la jawapnya. Pastu tak leh masuk kelas. Malu beb!!!cuak giler…

Lagipun aku takut ngan Cik Aliaa tue…dia tegas dan serius. Nasib baik sepanjang aku join kelas tutorial Cik Alia tue aku tak pernah kena denda.cuak betul…

Dalam kelas tutorial tu, kita orang kena buat tugasan individu.huhu…sedih betul. Aku ingat secara kumpulan,bolehlah juga aku tumpang markah orang lain. Ni markah individu mesti susah.

Tugasan pertama untuk kelas tutorial ni ialah membuat slide untuk persembahan multimedia. Untuk tugasan kali ini, betul-betul mencabar kemampuan aku. Aku tak berapa pandai buat slide guna powerpoint. Mula-mula sekali mesti cari tajuk yang sesuai untuk persembahan multimedia tu. Tajuk yang dipilih mesti berkaitan dengan isu-isu global. Tajuk berkenanan dengan isu-isu global ni banyak tetapi otak aku beku nak pilih tajuk yang sesuai. Lagipun setiap seorang tidak boleh menggunakan tajuk yang sama dan perlu mencari tajuk yang lain daripada yang lain. Pening betul nak fikir.Huhu…

Setelah fikir semasak-masaknya, akhirnya aku memilih tajuk pelacuran wanita Eropah, tetapi sebelum aku buat tajuk pelacuran wanita Afrika. Disebabkan oleh masalah yang tidak mencukupi, akhirnya aku pilih tajuk lain. Malu aku dengan Cik Alia sebab dua kali pergi tukar tajuk.Hehe…

Nak buat slide ni bukannya senang beb!!! Aku terpaksa berguru dengan member-member yang pandai dalam bab-bab computer ini. Aku pergi belajar dengan budak-budak Sains Komputer kat floor aku, nasib baik KTDI ambil budak Sains Komputer semester ini dan diaorang sudi bantu aku. Kalau tidak, entah macam mana nasib aku pun aku tidak tahu. Orang yang selalu jadi mangsa aku apabila aku membuat tugasan untuk subjek ini ialah junior aku iaitu Kantan. Aku ini senior yang ambil kesempatan keatas adik-adik junior.huhu…

Aku kena membuat slide sebanyak 20 slide dan setiap orang yang membuat persembahan multimedia ini diberi masa selama 3 minit seorang. Mula-mula terkejut juga aku sebab Cik Alia cakap setiap seorang mesti buat persembahan multimedia selama 30 saat sahaja. Kita orang apa lagi kelam-kabutlah jadinya. Mana tidaknya, mana sempat nak buat persembahan multimedia yang diberi masa 30 saat dengan 20 slide. Mana cukup. Bengang betul. Tapi nasib baik masanya ditukarkan.

Selain itu, kita orang perlu menyiapkan slide multimedia ini selama dua minggu. Tempoh masa yang diberikan amat singkat. Pening kepala aku ini, rasa macam nak pecah sahaja. Dalam slide itu, kita orang kena memasukkan lagu sekali sebab itu sebahagian daripada syaratnya. Jika masa persembahan nanti, bunyi musik tidak berbunyi dengan jelas dan kuat, maka secara automatiknya markah akan dipotong. Nasib baik masa aku membuat persembahan slide itu, lagu slide aku berbunyi dengan baik. Kalau tidak, kena potong markahlah jawabnya. Aku patut berterima kasih kat member aku seorang ini iaitu Cik Iffa yang sudi tolong periksa sekali lagi aku punya slide sama ada lagu yang dimasukkan itu berbunyi atau tidak.
Aku tengok persembahan multimedia orang lain sangat manarik dan hebat. Aku rasa rendah diri sangat sebab aku punya slide sangat ringkas dan tidak berapa sangat menarik. Orang lain penuh dengan gambar yang terang dan berwarna-warni berbanding dengan aku. Terlalu banyak bezanya.sedih betul aku.huhu…Entah berapalah aku dapat markah untuk tugasan itu.

Aku kasihan dengan member aku ini, dia tidak dapat membuat mempersembahan untuk slide dia sebab lagu dia tidak berbunyi.Dia pergilah pujuk Cik Alia, tetapi tidak tahulah aku sama ada dia dapat membuat persembahan multimedia itu sekali lagi atau tidak.

Walau bagaimanapun, aku sangat berbangga dan bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat satu perkara yang baru dalam hidup aku. Tugasan ini telah memberi satu kemahiran yang baru kepada aku kerana sebelum ini aku tidak pandai untuk membuat persembahan multimedia dan hanya melihat persembahan yang dibuat oleh orang lain. Perkara ini telah menambahkan pengetahuan aku tentang ilmu mengenai komputer ini.Walaupun pada mulanya sangat susah kerana ia merupakan satu perkara baru kepada aku tetapi aku harus sabar dan kuat semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Aku sangat seronok.

Tugasan yang seterusnya ialah membuat kalendar. Membuat kalendar adalah yang paling rumit dan susah sekali. Membuat tugasan ini betul-betul memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Untuk membuat kalendar mesti menggunakan Adobe photoshop yang sesuai kerana jika menggunakan adobe yang berlainan daripada yang terdapat di makmal maka kalendar itu tidak akan menjadi.
Tempoh masa yang diberikan oleh Cik Alia kepada kita orang untuk menyiapkan tugasan membuat kalendar adalah selama empat minggu. Tempoh masa yang diberikan itu sangat pendek. Jadi, aku terpaksalah membuatnya dengan cepat.

Mula-mula aku hendak membuatkan kalendar ini, aku buntu. Sebab aku tidak tahu hendak memulakannya macam mana. Aku pergi tanya member aku yang arif lagi bijaksana, siapa lagi kalau bukan Ifa ganu tu. Dia mengajar aku dengan bersungguh-sungguh, tetapi aku tetap tidak berapa faham sebab aku masih lagi blur.Haha…

Kemudian, aku pergi bertanya dengan Nadia, nasib baik dia sudi mengajar aku cara-cara membuat kalendar menggunakan adobe photoshop ini. Penggunaan adobe photoshop ini satu perkara kepada aku kerana aku tidak pernah tahu tentang adobe ini. Rupa-rupanya aku ini ketinggalan zaman dalam sistem komputer ini.Malu betul aku kat Nadia tu.Huhu. tapi, nak buat macam mana terpaksalah aku menebalkan muka ini untuk menuntut ilmu baru itu. Walau bagaimanapun, sejujur-jujurnya aku tidak pernah berasa malu untuk belajar membuat kalendar menggunakan adobe photoshop ini sebeb ia memberi satu pengalaman yang baru yang mungkin aku dapat kongsi dengan orang lain nanti bila aku tamat belajar nanti. Insyaallah.

Untuk membuat kalendar ini aku terpaksa membuatnya berulang kali supaya kelihatan cantik dan kemas. Pada mula-mula sekali aku mencuba membuatnya, kalendar aku dikomen oleh Cik Alia.Cik Alia kata kalendar aku terlalu ringkas dan gambar yang aku gunakan sebagai latarnya itu sudah diedit. Jadi aku terpaksa mengubahnya semula.Aku tidak berasa marah dengan teguran yang diberikan oleh Cik Alia itu kerana tanpa tegurannya mungkin aku masih lagi tidak mampu menghasilkan kalendar aku sendiri dengan lebih baik lagi.

Aku berasa sangat seronok membuat kalendar ini kerana ia memberi satu pengalaman yang baharu kepada aku. Aku belajar untuk memotong gambar-gambar aku yang sedia ada kemudian dimasukkan ke dalam adobe photoshop. Tetapi yang rumitnya semasa hendak membuat susunan tarikh itu, sangat susah. Aku terpaksa membuatnya dengan teliti. Ini yang menyebabkan aku terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapakannya. Tetapi berjaya juga aku mengharunginya biarpun banyak halangan dan dugaan semasa menyiapkan kalendar ini. Setelah siap, aku berasa sangat puas kerana dapat juga aku memiliki kalendar milik aku sendiri. Tetapi aku sangat sedih sebab gambar-gambar itu kelihatan tidak sempurna dan kelihatan sangat teruk selepas dicetak menjadi kalendar. Warnanya gelap dan tidak cantik. Terasa kecewa jugalah sebab ini adalah pertama kali aku berasa sangat teruja dengan sesuatu benda. Sedih betul.Huhu!!! Walau bagaimanapun, aku tetap berasa seronok dan gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada pelajar yang mempelajari membuat kalendar. Hehe…

Tugasan yang seterusnya ialah membuat laman web sendiri. Tugasan ini sangat susah dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk membuatnya. Aku pun menghadapi masalah untuk membuat laman web sebab ini pertama kali membuatnya. Nak membuat laman web mesti menggunakan Microsoft office frontpage. Sama seperti membuat kalendar yang perlu menggunakan satu program yang khusus.

Dalam laman web ini, aku perlu memasukkan tujuh item yang penting iaitu biodata diri, gambar, dan perkara-perkara yang ingin aku bincangkan. Walaupun susah pada mulanya membuat laman web ini, tetapi aku seronok dapat membuatnya. Aku dapat membuat sesuka hati aku tanpa terikat dengan apa-apa. Tempoh yang diberikan untuk membuat laman web ini adalah dua minggu. Aku membuatnya dalam keadaan tekanan kerana tempoh masa yang diberikan sangat singkat. Walau bagaimanapun, aku dapat mempelajari ilmu baru yang mana aku dapat mempelajari cara-cara untuk membuat laman web sendiri yang sebelum ini aku hanya mampu tengok orang lain buat.

Setelah laman web aku siap, aku rasa sangat puas sebab akhirnya segala kerja keras aku akhirnya berbaloi. Ramai juga yang tengok laman web aku itu, walaupun tak berapa cantik tetapi dapatlah pujiannya. Bahagian laman web yang paling aku suka adalah bahagian gambar yang mana aku abadikan segala kenangan aku bersama dengan member-member yang sporting dan kelakar.

Tugasan terakhir yang perlu aku lakukan ialah untuk membuat blog. Dalam tugasan ini aku perlu menemubual seorang tokoh yang pakar dalam bidangnya. Kemudian aku perlukan memasukkan post berkenaan dengan tokoh itu. Aku memilih Prof Madya Dr Lim Swee Tin sebagai tokoh yang sangat berkaliber dalam dunia penulisan kreatif iaitu sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Sampai sekarang blog aku tak siap-siap lagi. Aku dah tak tahu nak masukkan apa lagi. Akhirnya aku dapat juga memiliki blog sendiri dan orang lain juga dapat melayari laman blog aku ini.

Sepanjang tempoh membuat blog ini, ia banyak memberi kenangan yang tidak mungkin aku dapat lupakan. Aku terpaksa pergi ke fakulti pada waktu malam semata-mata untuk membuat blog sehingga awal pagi. Aku hanya pulang selepas pukul 2 pagi dan berjalan kaki dengan member aku untuk pulang ke kolej. Pada waktu itu aku sangat takut tetapi terpaksa juga memberanikan diri. Walau bagaimanapun, aku dapat memperolehi ilmu yang baharu dan ia akan memudahkan aku dimasa hadapan nanti.

Akhirnya, aku berasa sangat seronok kerana dapat mengikuti subjek Bahasa Dalam Multimedia ini. Walaupun pada mulanya takut untuk mengikutinya. Setelah mengikuti kuliah tersebut terdapat banyak ilmu baru yang aku perolehi iaitu membuat laman web, blog, kalendar, dan sebagainya. Aku berasa sangat sedih sebab akhirnya telah habis kuliah semester ini. Terasa kejap sangat masa berlalu. Huhu...
0 Responses

Post a Comment