Aku adalah seorang yang peramah,kelakar dan dalam masa yang sama adalah seorang yang sangat sensitif.Sikapku ini sering membuatkan orang sekeliling berasa bosan.
Aku sangat suka membaca novel cinta kerana ia dapat memberi ketenangan dan mampu membuatkan aku mengalir mata.
Aku sangat suka kepada kanak-kanak kerana mereka adalah insan yang terindah daripada Ilahi.Kehalusan dan kelembutan setiap sentuhan kanak-kanak mampu meninggalkan seribu perasaan yang luar biasa dalam hati seseorang.
Persahabatan adalah sesebuah perhubungan yang murni yang perlu dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga daripada dilanda badai.
Percintaan adalah penyatuan dua hati yang saling menyayangi dan mampu menerima kelemahan dan kelebihan pasangan dengan penuh keikhlasan dan saling mempercayai tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.
Keluarga adalah tulang belakang kepada diri seseorang kerana tanpa keluarga kehidupan seseorang itu tiada maknanya.
Post a Comment